Oleh: Alang Shima
Setelah hujan berhentiKusimpan mendung jiwaKulatarkan warna pelangidi sebalik tirai awananJernih air hujan mengalirMenuang makna gembirakolam hati tubuh remaja
Aku menyidai basah inike pangkuan matahariBapak yang berdehamBahasa menyentuh nasihat kegerunan
Aku mahu hujan kembalimenjadi alat permainanSaat pertama kali bermaintelahku kenal sebuah erti:Bahagia menawan halamanzaman kecilku.